Ni entry pertama aku kat sini.. Nak share dgn korang hobi baru aku :)
Macam yg korang nampak, ketiga-tiga pistol ni koleksi Airsoft aku, baru je berjinak-jinak main airsoft ni. Buat sementara waktu aku cuma ade Spring airsoft, nak beli GBB (Gas Blow Back) dan AEG (Automatic Electric Gun) pula nanti.
Sayangnye kat Malaysia aktiviti ni belum lagi fully legal, nak ade benda ni mmg kena sembunyi2.. Bagi aku aktiviti airsoft ni sama je mcm paintball tu, cuma lagi best sebab senjata lebih real.. Tak tau la bila aktiviti ni akan jadi legal. Kalau dpt dibagi peluang la kan, aku suggest supaya pihak berkuasa halalkan je aktiviti ni dgn syarat individu yg terbabit kena register dgn pihak berkuasa supaya benda ni tak disalah gunakan.. Just my 2 cents la kan..
Ok , nak citer pasal pistol2 ni satu2.. Yg kat atas sekali tu Tokyo Marui M92F Spring (High Grade) pistol yg paling mahal antara semua dan yg paling best sekali sebab peluru boleh cecah laju 210 FPS.. Harga mahal skit sebab brg made in Japan. Korang layan la tgk pic2 pistol tu kat bawah :)
Ok, sekarang lagi 2 airsoft yg kat bawah tu pula, Made in China, kualiti rendah tapi harga mmg murah giler.. Walaupun harga murah, tapi jgn main2, ni kalau kena tembak kat bdn sakit la jugak, sebab pernah test tembak kat kaki, fuh sakit siap bengkak kejap, haha...
Pasal mcm mana aku dpt brg2 ni, tu susah skit nak citer. Sebab bkn senang beb nak dpt. Ade ramai seller2 kat luar sana yg mark up harga giler2 utk brg2 ni.. Aku pun nasib baik je dpt tau satu seller yg leh caye, sebab ade gak yg menipu, dah bank in duit airsoft tak sampai2.. Setakat ni aku tak pernah kena...Tp korang yg berminat nak main benda2, mmg kena ready duit byk sebab bkn murah :( setakat ni yg jual open2 pun Sun Comic kat Sg. Wang.. Untuk AEG mcm M4 dan G36 bkn 1:1 tau tapi kecik skit boleh dpt dlm Rm590, pistol cam yg aku ade ni diorg tak jua.
Next korang leh tgk aku punya shooting skill , semua ni aku tembak dari jarak 10meter.
Ok la, tu je entry kali. Kalau ade soalan tu , tinggalkan je komen kat bawah :)